HONOR WATCH MAGIC 2
HONOR WATCH MAGIC 2
Muhammad Saufi Hassan


HONOR Malaysia melancarkan peranti boleh pakai keluaran syarikat itu, Watch Magic 2 yang menggunakan sistem operasi sendiri iaitu liteOS.

Jam pintar berkenaan dikatakan mempunyai ketahanan bateri menjangkau 14 hari kepenggunaannya dan ia sesuai untuk semua situasi termasuk pemakaian kasual serta lasak.

Honor Watch Magic 2 menggunakan pemproses Kirin A1 serta didatangkan dengan perlindungan kalis air kelas 5 ATM dan peranti berkenaan sangat sesuai untuk semua keadaan termasuk aktiviti riadah bertemakan air.

Sistem Kedudukan Global (GPS) terbina membolehkan pemakainya melakukan pemantauan kepada aktiviti riadah mereka.

Jam pintar ini menawarkan dua variasi iaitu pemuka bersaiz 46mm dan 42mm untuk pilihan kepada pengguna berdasarkan kesesuaian tersendiri.

Skrin paparan peranti ini menggunakan panel AMOLED dengan resolusi 454 x 454.

Tanda harga bagi peranti versi 46mm adalah RM699 dan mula dijual esok bagi pilihan warna Charcoal Black manakala warna Flax Brown berharga RM749 masih belum boleh dibeli lagi.

Honor Malaysia akan mengumumkan tarikh jualan untuk pemuka 42mm bagi pilihan warna Agate Black manakala Sakura Gold yang menggunakan pemuka 46mm.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 2:51 PM