Pengguna turut menyifatkan peranti HONOR Magic6 Pro sebagai sebuah ‘peranti pintar Magis’. FOTO - HONOR
Pengguna turut menyifatkan peranti HONOR Magic6 Pro sebagai sebuah ‘peranti pintar Magis’. FOTO - HONOR
Muhammad Najmir Razaman

Sejak ia mula diperkenalkan secara global Februari lalu, peranti HONOR Magic6 Pro berjaya menawan hati pengguna jenama itu di Malaysia.

Bahkan, peranti ini juga habis terjual ketika tawaran 'Early Bird' berlangsung.

Selepas jenama ini tidak lagi menjadi sub jenama HUAWEI bermula tahun 2020, HONOR kini menggunakan pelbagai teknologi canggih yang dibangunkan sendiri oleh syarikat itu di dalam peranti keluaran mereka.

Pengguna juga turut menyifatkan peranti HONOR Magic6 Pro sebagai sebuah 'peranti pintar Magis' kerana ia mengetengahkan empat teknologi peneraju industri utama iaitu Skrin Magic, Bateri Magic, Kamera Magic dan AI Magic.

Teknologi peneraju industri

Skrin HONOR Magic6 Pro dibina menggunakan HONOR NanoCrystal Shield yang sepuluh kali lebih tahan lasak berbanding kaca Corning Gorilla Glass yang biasa digunakan pada peranti HONOR lain.

Selain itu, peranti ini juga menggunakan bateri Silicon Carbon 2.0 berkapasiti 5600mAh yang menjadikan hayat bateri lebih panjang panjang selain mengekalkan suhu yang rendah apabila digunakan.

Uniknya, walaupun HONOR Magic6 Pro mempunyai bateri berkapasiti besar, ia masih mengekalkan reka bentuk badan peranti yang langsing bagi memberikan keselesaan buat pengguna.

Ia juga menjadi peranti dengan bateri berkapasiti terbesar dalam kalangan peranti arus perdana yang ada di pasaran.

Sementara jenama lain masih memfokuskan pada kejelasan dan sejauh mana telefon boleh menangkap gambar, HONOR menjadi yang pertama memperkenalkan Sistem Falcon Capture yang membantu pengguna menangkap objek bergerak dengan pantas dan jelas.

HONOR Magic6 Pro memberikan kejelasan gambar ultra tinggi walaupun selepas zum dekat.

HONOR juga turut memperkenalkan Magic Portal, sebuah teknologi baharu yang dibangunkan oleh pasukan HONOR berdasarkan AI pada peranti.

Ia bagi menjadikan fungsi kompleks peranti ini lebih mudah diakses hanya dalam satu langkah.

Tawan hati pengguna

Pengasingannya daripada jenama HUAWEI juga turut memberikan HONOR peluang menerokai penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran sendiri seiring dengan prinsip mereka iaitu 'consumer-centricity'.

Pada masa ini, HONOR mempunyai seramai 13,000 orang pekerja yang mana 60 peratus daripadanya terdiri daripada pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Pasukan R&D yang besar ini berfungsi sebagai enjin inovasi sekali gus memacu kemajuan teknologi HONOR.

Selain itu, jenama ini mula menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi seperti Google, Microsoft dan Qualcomm, serta menjalinkan hubungan kerjasama dengan pengendali dan pengedar telekomunikasi terbesar di Malaysia.

Di samping itu, HONOR juga telah menjalinkan kerjasama dengan Porsche Design bagi melancarkan dua peranti edisi Porsche iaitu HONOR Magic6 Pro RSR dan HONOR Magic V2 RSR.

Dalam masa tiga tahun saja, HONOR berjaya membuka 70 buah kedai fizikalnya di Malaysia dan bakal menambah cawangan terbaharu di TRX terbaharu tidak lama lagi.

Pada tahun 2023, tiga telefon pintar HONOR berjaya memasuki carta Top 10 Google Trend di Malaysia dengan HONOR X9b menduduki tempat kedua, hanya satu kedudukan di belakang pesaingnya.

Daripada pelancaran HONOR Magic4 Pro hingga ke HONOR Magic6 Pro, masing-masing berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia.

Miliki HONOR Magic6 Pro sekarang

Dengan pelbagai teknologi canggih yang ditawarkan, pengguna kini boleh mengalami sendiri pengalaman terbaik menggunakan HONOR Magic6 Pro hari ini.

Selain menawarkan harga yang berbaloi iaitu RM4,499, HONOR juga berbesar hati memberikan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,960 apabila pengguna membayar deposit serendah RM66 bagi mendapatkan peranti ini.

Ia termasuklah lima rebat deposit sebanyak RM330 yang boleh digunakan ketika pembayaran, HONOR Watch 4 dan HONOR Earbuds X6, setahun jaminan lanjutan serta penggantian retak depan dan belakang selama 365 hari.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi kedai HONOR berdekatan atau layari laman sesawang HONOR sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2024 @ 4:30 PM