ACER Swift 5
ACER Swift 5
Afiq Hanif

Melihat kepada gaya hidup pengguna yang semakin gemarkan sesuatu yang ringkas dan ringan, semestinya memiliki peranti mudah alih seperti laptop mempunyai ciri seperti itu sentiasa menjadi idaman pengguna.

Apatah lagi, jika ia mempunyai ciri ringan yang memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana tanpa perlu menjadi beban ketika bekerja. Melihat kepada hal itu, Acer memperkenalkan Acer Swift 5 dengan berat hanya 990 gram (g) dan sekali gus menjadi laptop paling ringan di dunia.

Menampilkan reka bentuk ringkas tetapi mempunyai ciri persembahan yang baik untuk digunakan, Swift 5 juga 15.6 inci paparan skrin dan HD penuh 1920 X1080 IPS serta skrin juga boleh disentuh.

ACER SWIFT 5

• BERAT: 990 gram

• PEMPROSESAN: 8 Gent Intel Core

• SAIZ PEMUKA: 15.6 inci boleh sentuh

• KEJELASAN SKRIN: full HD 1920X1080 IPS

• KENIPISAN: 0.63 inci

• HARGA: Belum ditentukan

• BERADA DI PASARAN TEMPATAN: Belum ditentukan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 1:28 PM