Afiq Hanif


DELL Malaysia melancarkan dua model komputer riba terbarunya merangkumi Inspiron 13 7000 2-in-1 (7373) dann Inspiron 15 7000 (7570)

Siri 7000 terbabit direka dengan ciri nipis, ringan serta berkuasa tinggi untuk menawarkan pengalaman visual dan prestasi yang menakjubkan pada harga berpatutan.

Inspiron 7373 adalah laptop premium direka dengan skrin 13.3-inci HD Penuh IPS pada resolusi 1920x1080.

Ia direka bersama teknologi SmartByte untuk menawarkan pengalaman menonton video mahupun filem tanpa gangguan pada 8GB RAM.

Turut disertakan bersama adalah storan SSD dan port USB-C yang menyokong sambungan DisplayPort.

Manakala Inspiron 7570 dengan paparan 15.6-inci HD Penuh IPS pula dicipta dengan memori grafik GDDR5 4GB selain gabungan storan SSD dan HDD bagi memberi kepantasan dalam melakukan tugasan secara mudah alih.

Tampil dengan ciri ringan dan nipis, laptop terbabit sesuai dijadikan peneman penggembaraan terbaik untuk.

Kedua model hadir dengan pemprosesan Intel Core generasi ke-8 dan Windows 10.

Manakala dua lagi model sedia ada iaitu XPS 13 dan Inspiron 13 5000 2-in-1 (5379) dipertingkatkan dengan pemproses baru, Intel Core generasi ke-8.

INSPIRON 13 7000 2-IN-1 (7373)

• HARGA: RM4,449

• PEMPROSESAN:Intel Core generasi ke-8

• OS: Windows 10

• RAM: 4GB

• SSD: 128GB

• SAIZ: 15.6”

• PAPARAN: HD Penuh IPS

• RESOLUSI: 1920x1080

INSPIRON 13 7000 2-IN-1 (7373)

• HARGA: RM5,449

• PEMPROSESAN:Intel Core generasi ke-8

• OS: Windows 10

• RAM: 8GB

• SSD: 256GB

• SAIZ: 13.3”

• PAPARAN: HD Penuh IPS

• RESOLUSI: 1920x1080

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 11:15 AM