RAJ ketagih makan pasir dan memakan sepinggan kerikil setiap hari.
RAJ ketagih makan pasir dan memakan sepinggan kerikil setiap hari.
Agensi

Uttar Pradesh: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya ketagih makan pasir memakan sepinggan kerikil setiap hari.

Hans Raj, 45, menolak memakan makanan biasa, sebaliknya mengunyah serpihan batu dan bata yang didakwanya memberikan dia tenaga dan mineral.

Dia mula memakan bahan itu ketika berusia 20 tahun dan kini dikenali sebagai ‘lelaki pasir’ di Uttar Pradesh kerana tabiat peliknya itu.

Doktor berkata, Raj mungkin menghadapi Pica, kecelaruan tabiat makan yang menyebabkan penghidapnya berselera kepada makanan yang tidak boleh dimakan dan tanpa nutrisi.

Bagaimanapun, Raj berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan kerana tabiatnya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 7:27 AM