TOPI milik Napoleon Bonaparte. FOTO Reuters
TOPI milik Napoleon Bonaparte. FOTO Reuters
BERNAMA

Paris: Sebuah topi milik Napoleon Bonaparte dijual pada lelongan di Perancis pada harga €1.93 juta (kira-kira RM9.83 juta), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Rumah lelong Osenat di Fontainebleau dekat Paris berkata, ini adalah rekod dunia untuk topi yang dipakai oleh Napoleon semasa memerintah empayar Perancis pada abad ke-19.

Topi berwarna hitam berkenaan dianggarkan bernilai antara €600,000 (kira-kira RM3.05 juta) dan €800,000 (kira-kira 4 juta).

Sehelai rambut maharaja dan sapu tangan antara barangan lain yang dijual oleh seorang pengumpul.

Barangan lain yang ditawarkan termasuk sarung tangan dan sehelai baju yang dikatakan pernah dipakai Napoleon semasa hidup dalam buangan di pulau Saint Helena.

Dilahirkan di Corsica, Napoleon meninggal dunia pada tahun 1821 pada usia 51 tahun di pulau berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2023 @ 3:54 PM