GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

SAINT PETERSBURG: Polis Saint Petersburg semalam menahan sejarawan terkenal Russia kerana disyaki membunuh seorang bekas pelajarnya selepas dia ditarik keluar dari sebuah sungai bersama beg yang berisi lengan seorang wanita, kata pihak berkuasa.

Media tempatan melaporkan, profesor universiti Oleg Sokolov, 63, yang mabuk terjatuh ke dalam Sungai Moika ketika dia cuba melupus anggota badan.

Polis dilaporkan pergi ke rumah Sokolov dan menemui mayat dipenggal dikenali sebagai Anastasia Yeshchenko, 24, iaitu wanita yang turut bekerjasama Sokolov dalam pembikinan beberapa karya.

Berita penahanannya disahkan polis kepada AFP.

Sejarawan yang juga penerima Legion of Honneur Perancis pada 2003, adalah pengarang buku mengenai negarawan Perancis dan pemimpin tentera Napoleon Bonaparte malah berfungsi sebagai perunding sejarah dalam beberapa filem.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 1:25 PM