PACO Rabanne (kiri) bersama pereka Ukraine, Veronika Jeanvie. FOTO fail AP
PACO Rabanne (kiri) bersama pereka Ukraine, Veronika Jeanvie. FOTO fail AP
BERNAMA

Paris: Pereka fesyen Sepanyol Paco Rabanne meninggal dunia pada Jumaat pada usia 88 tahun, lapor Agensi Anadolu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Puig, syarikat induk jenama Rabanne dalam satu kenyataan.

Rabanne dilahirkan pada 18 Februari 1934 di bandar Pasajes, Sepanyol, dan menghembuskan nafas terakhirnya di rumahnya di Perancis.

Pereka fesyen popular itu melakar kejayaan hebat dalam industri fesyen dan minyak wangi, terutamanya di Perancis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2023 @ 11:49 AM