ASUS mempelawa penggemar fesyen di Malaysia untuk menghasilkan kasing baru bagi ZenFone 2 menerusi pertandingan di laman Facebook ASUS Malaysia.

Menerusi cabaran ZenLooks, pemenang berpeluang memenangi ZenFone 2 dan kasing edisi terhad yang direka oleh CutiePieMarzia.

Selain itu, pemenang hadiah utama juga akan dipilih untuk bekerjasama dengan ASUS bagi menghasilkan kasing kemenangan itu.

Pertandingan ZenLooks ini mendapat inspirasi daripada Incredible Catwalk ASUS baru-baru ini yang dihasilkan melalui kerjasama dengan pengulas fesyen, Kim Jones.

ASUS dan Kim Jones telah mencetus kisah fesyen paling unik di Asia Tenggara selepas Kim memperagakan seleksi kasing ZenFone 2 ketika Incredible Catwalk termasuk ‘kasing’ yang direka eksklusif untuk ASUS oleh personaliti antarabangsa YouTube, CutiePieMarzia.

“ZenFone 2 adalah aksesori paling serba boleh musim ini dan ianya tampil serasi bersama Kim di dalam kisah fesyen Incredible Catwalk kami. Kami juga berbangga dengan pelancaran kempen ZenLooks.

“Ianya membolehkan pereka aksesori berbakat Malaysia untuk mempamerkan kreativiti masing-masing melalui rekaan kasing ZenFone 2 mereka.

“Pereka aksesori berbakat di Malaysia bakal menyertai himpunan personaliti antarabangsa YouTube seperti CutiePieMarzia,” kata Pengurus Negara ASUS Malaysia, Jimmy Lin.

Pereka digalakkan menyertai pertandingan ini dengan menggunakan kisah fesyen Incredible Catwalk sebagai inspirasi masing-masing.

Setiap rekaan kasing ZenFone 2 yang dihantar haruslah diilhamkan daripada warisan berharga, identiti estetik, kepelbagaian budaya dan keunikan rupabumi di Malaysia.

Kesemua imej dan video di sebalik tabir bagi Incredible Catwalk disediakan di http://www.facebook.com/asusmalaysia.

Cara menyertai cabaran rekaan ZenLooks:

1. Layari Laman Facebook ASUS Malaysia di http://www.facebook.com/asusmalaysia.

2. Klik pada aplikasi ZenLooks.

3. Ikuti langkah untuk menghasilkan rekaan kasing ZenFone 2 dengan memuat naik gambar asal milik anda yang menampilkan elemen ikonik Malaysia. Anda juga boleh mencari inspirasi dari imej Incredible Catwalk yang dihasilkan ASUS dan Kim Jones untuk Malaysia.

4. Hantar dan kongsi rekaan anda dan sertakan hashtag #ZenLooks di laman Facebook, Twitter atau Instagram untuk melihat rekaan-rekaan lain dari Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2015 @ 6:57 AM