Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Penyanyi Zizi Kirana, 36, dan pelakon Yusuf Bahrin, 29 selamat bernikah di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini, jam 10.30 pagi hari ini.

Pereka fesyen yang juga pereka busana pernikahan pasangan itu, Shanell Harun ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Alhamdulillah, Zizi dan Yusuf dah selamat dinikahkan," katanya.

Pada majlis itu, Zizi juga penyanyi lagu Eh menerima mas kahwin RM300, cincin berlian dan senaskhah al-Quran.

Sementara itu, pengurus Zizi iaitu Farahrizan Razak berkata, satu sesi sidang media bakal diadakan sebentar lagi.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 September 2021 @ 11:24 AM