HELIKOPTER mengangkut antena baharu untuk dipasangkan ke Menara Eiffel, Selasa lalu. FOTO Reuters
HELIKOPTER mengangkut antena baharu untuk dipasangkan ke Menara Eiffel, Selasa lalu. FOTO Reuters
Reuters

Paris: Secara rasminya, ketinggian menara Eiffel bertambah kepada 330 meter (m) selepas antena radio digital baharu dipasang pada mercu tanda Kota Paris, Perancis itu pada Selasa lalu.

Menara itu dibina pada akhir abad ke-19 oleh Gustave Eiffel, yang sebelum ini mempunyai ketinggian 324m dan ia kini bertambah sebanyak enam meter lagi.

Ia selepas antena baharu diangkut dan dipasang ke puncaknya, dengan menggunakan helikopter.

Semasa pembinaannya, Menara Eiffel melepasi Monumen Washington sebagai struktur buatan manusia tertinggi di dunia.

Gelaran itu yang dipegangnya selama empat dekad sehingga Bangunan Chrysler di New York City, mengatasi rekod berkenaan, pada tahun 1929.

Bagaimanapun, ia juga digunakan untuk penghantaran penyiaran selama lebih 100 tahun dengan ketinggian puncaknya berubah berkali-kali apabila antena tua digantikan dengan baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 6:35 AM