MENARA Eiffel dikatakan menjadi lokasi nyalaan api Olimpik Paris 2024. FOTO AFP
MENARA Eiffel dikatakan menjadi lokasi nyalaan api Olimpik Paris 2024. FOTO AFP
Reuters

Paris: Penganjur Sukan Olimpik 2024 sedang berusaha untuk memasang api Olimpik di Menara Eiffel, sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara itu memberitahu Reuters hari ini.

Tidak jelas sama ada api itu akan kekal di monumen ikonik sepanjang temasya itu dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Sumber itu menambah bahawa api itu tidak akan diletakkan di bahagian atas Menara Eiffel atas sebab teknikal.

"Kerja-kerja itu sedang dijalankan sejak dua tahun lalu," kata sumber itu.

Nyalaan tidak boleh berada di bahagian atas menara kerana antena sudah dipasang di sana, tambah mereka.

Penganjur Paris 2024 belum bersedia memberi ulasan mengenai perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2023 @ 7:59 PM