GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Lagos: Sekurang-kurangnya 20 doktor di Nigeria meninggal dunia dalam tempoh seminggu pada minggu lalu, akibat dijangkiti Covid-19.

Laman web Premium Times yang memetik kenyataan pengerusi Persatuan Perubatan Nigeria, Enema Amodu melaporkan, banyak doktor tidak mempunyai akses kepada pakaian perlindungan diri (PPE) ketika bertugas merawat pesakit.

Selain itu, lebih daripada 1,000 petugas kesihatan juga sudah disahkan positif Covid-19 di negara itu.

Setakat ini, virus itu sudah menjangkiti 81,963 orang di Nigeria dan menyebabkan 1,242 kematian.

  • Lagiberita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 2:05 PM