GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

LAGOS: Seekor kura-kura milik keluarga diraja mati pada usia 344 tahun di istana tradisi Ogbomosho, barat daya Nigeria, kata jurucakap istana, hari ini.

Walaupun pakar haiwan meragui umur kura-kura berkenaan, pemiliknya berkata, Alagba yang bermaksud ‘Elder’ tinggal berabad lamanya di istana.

Pembantu peribadi Raja Jimoh Oyewunmi, Toyin Ajamu, berkata Alagba mati tidak lama selepas dia menghidap penyakit pada Khamis lalu.

Ia didakwa dibawa ke istana oleh pemerintah tradisi ketiga, Isan Okumoyede, ratusan tahun lalu.

Raja mengarahkan dua pekerja istana untuk menjaga dan memulihara bangkai kura-kura itu sebagai tatapan masa depan, kata Ajamu.

Namun, seorang pakar meragui usia haiwan itu.

“Saya meragui jika Alagba berusia 344 tahun, sebelum mati. Biasanya, purata usia kura-kura adalah kira-kira 100 tahun,” kata doktor haiwan di Lagos, Yomi Agbato.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Oktober 2019 @ 10:36 PM