EGUAVOEN mengambil keputusan untuk meletak jawatan selaku pengarah teknikal Nigeria. FOTO AFP
EGUAVOEN mengambil keputusan untuk meletak jawatan selaku pengarah teknikal Nigeria. FOTO AFP
Reuters

Lagos: Pengarah Teknikal Persekutuan Bolasepak Nigeria, Augustine Eguavoen meletak jawatan dan keseluruhan staf kejurulatihan skuad bola sepak mereka dipecat selepas gagal melayakkan diri di Piala Dunia di Qatar.

Nigeria tewas mengejut melalui peraturan gol di tempat lawan ketika menentang Ghana dalam perlawanan pusingan playoff selepas melayakkan diri ke Piala Dunia sebanyak enam kali bermula pada 1994 di Amerika Syarikat.

"Pengarah Teknikal Augustine Eguavoen berundur daripada jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

"NFF dalam pada itu menamatkan seluruh barisan kejurulatihan pasukan berkuat kuasa serta-merta.

"Seorang jurulatih baharu akan diumumkan selepas semakan yang sewajarnya untuk mengetuai tugas baharu meningkatkan semula kemampuan Super Eagles bagi menghadapi cabaran masa depan dengan sewajarnya," kata NFF dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 10:17 PM