Anggota bomba menyelamatkan seekor burung selepas berjaya mengawal kebakaran di Pasar Hujung Minggu Chatuchak. - FOTO Reuters
Anggota bomba menyelamatkan seekor burung selepas berjaya mengawal kebakaran di Pasar Hujung Minggu Chatuchak. - FOTO Reuters
Reuters

Bangkok: Lebih 1,000 haiwan eksotik, reptilia dan haiwan peliharaan terkorban di pasar yang luas di Bangkok selepas kebakaran melanda lebih seratus kedai pada awal pagi Selasa, kata pihak berkuasa.

Kebakaran melanda sekitar 1,300 meter persegi Pasar Hujung Minggu Chatuchak membunuh lebih 1,000 haiwan termasuk ular, labah-labah dan ikan laga Siam, kata gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt kepada pemberita.

Kira-kira 118 kedai hangus dan pemeriksaan awal menunjukkan kebakaran berpunca daripada kerosakan elektrik, kata Superintendan Polis Phuwadon Ounpho.

Sebahagian haiwan eksotik yang mati dalam kebakaran. - FOTO Reuters
Sebahagian haiwan eksotik yang mati dalam kebakaran. - FOTO Reuters

Anggota bomba dan penyelamat pada Selasa mengutip bangkai, sangkar remuk, dinding hitam dan bumbung kedai besi yang runtuh. Seorang doktor merawat seekor ayam berhampiran runtuhan satu deretan kedai yang masih terbakar, menurut saksi Reuters.

"Saya terkejut. Saya rasa mahu menangis, tetapi tidak ada air mata," pemilik kedai ikan laga Siam, Suwannee Sangdee.

Pasar Chatuchak terkenal dengan kedai yang penuh dengan fesyen, aksesori dan haiwan eksotik yang menarik ribuan pengunjung setiap hujung minggu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2024 @ 4:51 PM