REMAJA di New Delhi berehat dalam kalbat yang tidak digunakan bagi berlindung daripada bahang suhu panas, semalam.
REMAJA di New Delhi berehat dalam kalbat yang tidak digunakan bagi berlindung daripada bahang suhu panas, semalam.
Agensi

New Delhi: Sebuah bandar di utara India memecahkan rekod suhu panas tertinggi negara itu apabila mencatatkan 51 darjah Celsius, yang paling tinggi sejak suhu mula direkodkan.

Pejabat kaji cuaca berkata semalam, rekod baru di Phalodi, bandar di negeri Rajashtan dicatatkan ketika gelombang haba melanda India.

Ia mengatasi rekod lama 50.6 darjah Celsius yang dicatatkan pada 1956.

“Suhu yang paling panas di India dicatatkan semalam (Khamis), 51 darjah Celsius, di Phalodi,” kata pengarah Jabatan Meteorologi India, BP Yadav.

Suhu di utara India sering menjangkau lebih 40 darjah pada Mei dan Jun - bulan paling panas setiap tahun.

Bagaimannapun, suhu melebihi 50 darjah Celsius adalah luar biasa.

Gelombang haba berpanjangan tahun ini menyebabkan ratusan mati dan memusnahkan tanaman di lebih 13 negeri, menjejaskan ratusan juta penduduk.

Ratusan petani dilapor membunuh diri di seluruh negara itu sementara puluhan ribu petani kecil terpaksa meninggalkan ladang untuk bekerja di bandar. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2016 @ 5:03 AM