RIANI Rara
RIANI Rara

Jakarta: Seorang peguam mendakwa, aktor veteran Deddy Mizwar gagal mendidik anaknya menjadi manusia berguna kerana mencabul seorang wanita.

Ramdan Alamsyah berkata, Deddy Mizwar yang juga Naib Gabenor Jawa Barat tidak mendidik anaknya, Zulfikar Rakita Dewa, yang melakukan serangan seksual terhadap Riani Rara Kalsum.

“Deddy Mizwar aktif berceramah, membuat filem Islamik tetapi kelakuan anaknya liar.

“Justeru, tolong didik anak anda dengan baik, ya,” katanya.

Kenyataan Ramdan itu dibuat apabila Zulfikar enggan bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan terhadap Riani sehingga wanita itu hamil sebelum nikah.

Dipercayai insiden itu berlaku di beberapa bandar raya di Eropah.

Zulfikar dan Riani bertemu pada 24 Ogos lalu dan berfoya-foya di beberapa tempat.

Menurut pengakuan Riani, sepanjang tempoh itu mereka menginap di bilik hotel sama dan berhubungan seperti suami isteri.

Kata Ramdan, Riani ‘menyerah’ kepada Zulfikar kerana percaya kata-kata manis anggota tentera itu yang berjanji akan menikahinya tidak lama lagi.

“Anak guam saya minta Zulfikar menunaikan janji namun tidak dilayan,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:13 AM