TANGKAP layar rakaman video yang dikeluarkan pejuang Palestin. FOTO X/Sulaiman Ahmed
TANGKAP layar rakaman video yang dikeluarkan pejuang Palestin. FOTO X/Sulaiman Ahmed
AFP

Semenanjung Gaza: Pejuang Palestin pada Isnin mengeluarkan rakaman video menunjukkan seorang tebusan warga Israel yang ditahan ketika serangan Hamas ke atas Israel 7 Oktober lalu, masih hidup dalam tahanannya di Gaza.

Dalam video itu, seorang lelaki yang bercakap dalam bahasa Inggeris dan Ibrani dari lokasi yang tidak didedahkan menyeru supaya dia dibebaskan dan memberi penghormatan kepada Tamir Adar, seorang lagi tebusan yang kematiannya diumumkan pada awal Januari oleh komuniti Kibbutz di selatan Israel.

Keluarga tebusan, dari Nir Oz, sebagai tindak balas menggesa media untuk tidak menyiarkan rakaman itu.

Dia adalah seorang daripada kira-kira 75 yang ditahan dari Nir Oz oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

Serangan Hamas menyaksikan sejumlah 253 tebusan dari selatan Israel ditahan, 132 daripadanya kekal dalam tawanan, menurut pegawai Israel.

Serangan itu juga mengakibatkan kematian kira-kira 1,140 warga Israel, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi.

Israel bertindak balas dengan menyerang Gaza dan membunuh lebih 23,000 penduduk, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2024 @ 11:39 AM