GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Agensi
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Agensi
BERNAMA

New Delhi: Pakistan melarang semua bentuk sambutan Tahun Baharu sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin.

Perdana Menteri sementara Anwarul Haq Kakar berkata, Isarel membunuh lebih 21,000 orang termasuk 9,000 kanak-kanak sejak 7 Oktober.

Beliau turut mengutuk pembunuhan berterusan rejim Israel terhadap penduduk di wilayah Palestin yang diduduki.

"Pakistan dan umat Islam bersedih atas pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak yang tidak bersalah dan rakyat Palestin yang tidak bersenjata di Gaza dan Tebing Barat," kata Kakar dalam ucapannya pada Khamis.

Justeru itu, larangan mengadakan sebarang sambutan Tahun Baharu akan dikuatkuasakan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2023 @ 11:02 AM