FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

New Delhi: Sepasang datuk dan nenek di India tergamak menjual cucu sendiri demi mendapatkan wang mudah.

Namun, nasib baik cubaan mereka itu berjaya dipatahkan polis apabila menyelamatkan bayi berusia 23 hari itu di Narendrapur di daerah South 24 Parganas, Khamis lalu.

Polis Kolkata mengesahkan penahanan pasangan suami isteri itu di Gaya, Bihar tempat mereka bersembunyi selepas menjual cucu mereka.

Katanya, penahanan mereka selepas polis menerima laporan seorang wanita di Balai Polis Anandapur.

"Wanita membuat laporan, anak perempuannya hilang.

"Selepas disiasat, didapati datuk dan neneknya bayi itu menjualnya kepada dua pengedar kanak-kanak dengan harga 30,000 rupee (RM1688.01)," katanya.

Kata polis, penyeludup terbabit menjual bayi yang baru lahir kepada seorang wanita yang tidak mempunyai anak di Narendrapur dengan harga jutaan rupee.

"Polis juga menahan dua pengedar dan wanita yang membeli bayi itu.

"Kami akan meneruskan siasatan kami untuk menentukan sejauh mana pembabitan dalam rangkaian pemerdagangan itu.

"Bayi itu diselamatkan dan kini dalam keadaan sihat," kata polis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2023 @ 1:23 PM