ISRAEL lancar serangan udara di Syria, berhampiran bandar Homs yang dikuasai kerajaan.
ISRAEL lancar serangan udara di Syria, berhampiran bandar Homs yang dikuasai kerajaan.
AFP

Damsyik: Israel melancarkan serangan udara di Syria, berhampiran bandar Homs yang dikuasai kerajaan, kata agensi berita Syria SANA pada Ahad, memetik sumber tentera.

"Musuh Israel melakukan serangan udara yang datang dari timur laut Beirut, menyasarkan beberapa lokasi di sekitar bandar Homs," kata Sana, memetik sumber.

Sepanjang lebih sedekad perang di Syria, Israel melancarkan ratusan serangan udara ke atas wilayahnya, terutamanya menyasarkan tentera yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah Lubnan serta kedudukan tentera Syria.

Pertahanan udara Syria memintas beberapa peluru berpandu, kata Sana, memetik sumber yang sama, sambil menambah bahawa terdapat beberapa kerugian "material".

Sana sebelum ini berkata, peluru berpandu itu dipintas di kawasan luar bandar utara Homs.

Dalam satu kenyataan ringkas yang tidak menyebut mengenai serangan udara, tentera Israel mengakui roket antipesawat Syria "nampaknya meletup di udara di atas wilayah Israel."

"Tiada arahan khas untuk orang awam di hadapan Israel dikeluarkan buat masa ini. Butirannya sedang dalam semakan," tambahnya.

Pemantau perang, Syrian Observatory for Human Rights berkata, kawasan yang menjadi sasaran di kawasan luar bandar timur laut Homs adalah kubu kuat Hizbullah yang menempatkan depoh senjata milik kumpulan Lubnan yang disokong Iran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2023 @ 9:58 AM