SYRIA. FOTO Agensi
SYRIA. FOTO Agensi
AFP

Damsyik: Tentera udara Syria menembak jatuh peluru berpandu Israel di wilayah Homs pada Khamis, serangan udara kedua dalam minggu ini, lapor media tempatan.

Satu sumber tentera memberitahu agensi berita Syria, SANA bahawa serangan itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa, tetapi menyebabkan kerosakan.

"Pada 1.13 pagi... tentera Israel melancarkan serangan udara menyasarkan beberapa sasaran di wilayah Homs, lapor SANA, yang memetik sumber berkenaan.

"Pertahanan udara kita berjaya memintas jatuh peluru berpandu itu... kebanyakannya ditembak jatuh," kata sumber tentera.

Sejak perang saudara tercetus di Syria pada 2011, Israel sering melancarkan serangan udara di Syria.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 4:32 PM