GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

New Delhi: Pelik tapi benar. Seorang wanita berusia 40 tahun dari Vadodara di Gujarat yang terkejut apabila mendapati suaminya dinikahi selama lapan tahun sebenarnya adalah seorang wanita yang sudah menjalani pembedahan menukar jantina.

Portal NDTV melaporkan, dalam laporan maklumat pertama yang difailkan di balai polis Gotri, Sheetal menuduh Viraj Vardhan (nama digunakan wanita bernama Vijayta itu) untuk melakukan seks luar tabii dan menipu.

Dia juga menamakan ahli keluarga Vijayata dalam laporan polis.

Menurut The Times Of India, Sheetal memberitahu polis bahawa dia bertemu Viraj Vardhan melalui laman web perkahwinan sembilan tahun lalu.

Bekas suami terdahulu Sheetal meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, meninggalkannya bersama anak perempuan yang ketika itu berusia 14 tahun.

Sheetal dan Viraj berkahwin secara rasmi pada 2014 dengan kehadiran ahli keluarga, malah pergi ke Kashmir untuk berbulan madu.

"Bagaimanapun, 'lelaki' itu tidak melakukan hubungan intim dan terus memberi alasan selama beberapa hari.

"Apabila Sheetal mendesak alasan, 'lelaki' itu mendakwa kemalangan yang dialaminya semasa berada di Rusia beberapa tahun lalu menyebabkan dia tidak mampu melakukan hubungan seks," kata polis.

Tertuduh meyakinkan wanita itu bahawa dia akan beransur-ansur pemulihan sepenuhnya selepas pembedahan kecil.

Pada Januari 2020, 'lelaki' itu memberitahu bahawa dia ingin menjalani pembedahan untuk obesiti namun mendedahkan bahawa dia kemudian menjalani pembedahan menukar jantina.

Viraj atau Vijayta didakwa mengancam isterinya bahawa akan menghadapi akibat yang mengerikan jika dia mendedahkan kebenaran kepada sesiapa sahaja, lapor India Today.

Tertuduh, yang adalah penduduk Delhi, sudah dibawa ke Vadodara, kata inspektor polis Gotri, MK Gurjar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 11:00 AM