JEMAAH melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Masjidilharam. - Reuters
JEMAAH melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Masjidilharam. - Reuters

Seramai 1,323,520 jemaah tiba dari pelbagai negara untuk menunaikan haji tahun ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pasport, Mejar Jeneral Solaiman Al-Yahya, 1,245,203 jemaah tiba melalui udara di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah dan Prince Muhammad Bin Abdul Aziz di Madinah, sementara 65,594 lagi melalui darat dari negara jiran.

Jemaah selebihnya pula datang melalui laut di pelbagai pelabuhan terutama Pelabuhan Islam Jeddah.

Bagaimanapun, seramai 216 jemaah dari luar negara yang melanggar peraturan haji - termasuk melakukan kesalahan memalsukan 52 pasport - sudah dihantar pulang ke negara masing-masing.

Di bawah arahan Putera Mahkota Muhammad Bin Naif selaku timbalan perdana menteri, menteri dalam negeri dan pengerusi jawatankuasa Tertinggi Haji, mana-mana jemaah haji luar dengan permit yang sah tetapi tiba lewat atas sebab-sebab tertentu seperti kelewatan penerbangan akan diterima dan terus dihantar ke Makkah.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Haji di Makkah, Hashim Al-Falih berkata, 189,000 orang yang cuba memasuki Makkah dan tempat suci dihantar pulang sejak permulaan musim haji sehingga semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 8:14 AM