JEMAAH haji disambut dengan bunga ros, air zam zam dan kurma. FOTO Agensi
JEMAAH haji disambut dengan bunga ros, air zam zam dan kurma. FOTO Agensi
Agensi

Madinah: Jemaah haji dari Indonesia menjadi kumpulan pertama yang tiba di kota suci kedua Islam Madinah Al-Munawarah pada Sabtu.

SaudiGazzete melaporkan, penerbangan itu membawa 358 jemaah wanita dan lelaki, tiba di lapangan terbang Antarabangsa Putera Mohammed Bin Abdulaziz.

Jemaah haji disambut Setiausaha Kementerian Haji dan Umrah bagi Hal Ehwal Lawatan, Mohammed Al-Bijawe; Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi Dr Abdulaziz Ahmed dan beberapa pegawai.

Jemaah disambut dengan jambangan bunga mawar, kurma dan air zam zam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2022 @ 11:53 AM