ACARA maraton merdeka khas diadakan di Gaza bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Malaysia. FOTO Viva Palestina Malaysia

Agensi

Gaza: Walaupun negaranya masih belum mencapai kemerdekaan, namun rakyat Palestin tetap bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan ke-65 Malaysia di bumi itu, 31 Ogos lalu.

Menerusi perkongsian Facebook Viva Palestina Malaysia, maraton merdeka khas diadakan di Semenanjung Gaza, Palestin.

Ia untuk menunjukkan kasih sayang mereka dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan terhadap Palestin.

"Maraton Merdeka ini adalah anjuran bersama Kelab Cinta Gaza Malaysia dan Global Peace.

Viva Palestina Malaysia turut diwakili pada majlis perasmian maraton ini," tulisnya.

Menerusi perkongsian beberapa gambar, kelihatan bendera Malaysia dikibarkan pada acara berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut berkongsi video sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-65 di Gaza menerusi saluran Telegram rasminya.

Video berdurasi satu minit 32 saat itu memaparkan kemeriahan sambutan merdeka di bumi jajahan Israel itu.

"Doakan Palestin juga merdeka," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2022 @ 11:35 AM