PASUKAN keselamatan menjalankan operasi memadam kebakaran. FOTO Yonhap
PASUKAN keselamatan menjalankan operasi memadam kebakaran. FOTO Yonhap
BERNAMA

Icheon: Sebuah hospital di sini, kira-kira 50 kilometer di tenggara Seoul, terbakar pagi Jumaat, mengorbankan lima individu dan mencederakan 37 yang lain, kata pegawai bomba.

Agensi berita Yonhap melaporkan kebakaran berlaku pada 10.17 pagi di hospital dialisis di tingkat atas bangunan empat tingkat itu dengan 46 individu, termasuk 33 pesakit berada di situ ketika kejadian.

Kebakaran itu mengorbankan lima individu, membabitkan tiga pesakit dan seorang jururawat, semua mayat ditemukan di tingkat empat, manakala 37 yang lain cedera, lapornya.

Mengerahkan 21 trak dan 51 anggota, bomba memadam sepenuhnya kebakaran pada 11.29 pagi sebelum menghantar penyelamat ke tingkat empat hospital untuk membuat pemantau dan bantuan.

Menurut Yonhap, bomba tidak menolak kemungkinan kebakaran bermula daripada fasiliti skrin di tingkat tiga bangunan itu, namun siasatan masih dijalankan untuk menentukan punca sebenar kejadian.

Lokasi kebakaran itu turut menempatkan klinik perubatan tradisional, ruang pejabat di tingkat dua dan tiga, selain restoran di tingkat satu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2022 @ 2:28 PM