ASAP dan debu tebal susulan letusan Gunung Marapi. FOTO BBPTKG
ASAP dan debu tebal susulan letusan Gunung Marapi. FOTO BBPTKG
BERNAMA

Jakarta: Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarmas) pada Ahad memindahkan 164 pendaki dari kawasan Gunung Marapi yang meletus di bandar Padang, ibu kota wilayah Sumatera Barat.

Ketua bandar Padang Abdul Malik berkata, mereka mendaki Marapi dan gunung berapi itu mula memuntahkan abu pada 7 Januari, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Beliau berkata, pendaki itu ditemukan semasa operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh Basarnas dengan koordinasi bersama pasukan berkaitan dan penduduk tempatan.

Terdahulu, Marapi mula memuntahkan abu kira-kira 6.11 pagi 7 Januari (Sabtu). Sehingga petang 8 Januari (Ahad), sejumlah 22 letusan direkodkan dan bahaya di kawasan gunung berapi ini dinaikkan ke Tahap II – tahap amaran, lapornya.

Pihak berkuasa berkaitan di wilayah Sumatera Barat sudah mengeluarkan larangan aktiviti pendakian di kawasan Marapi sehingga keadaan kembali normal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2023 @ 8:53 AM