GOTABAYA Rajapaksa. FOTO Reuters
GOTABAYA Rajapaksa. FOTO Reuters
Reuters

Colombo: Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dijangka ke Singapura selepas melarikan diri ke Maldives, pada awal pagi semalam.

Perkara itu disahkan sumber kerajaan di Sri Lanka kepada Reuters, ketika protes berterusan masih berlaku di Colombo.

Sumber itu yang enggan dikenali berkata, Rajapaksa akan menghantar peletakan jawatannya kepada speaker parlimen Sri Lanka selepas mendarat di Singapura.

Bagaimanapun, seorang pembantu Rajapaksa dan Kerajaan Singapura tidak memberikan sebarang kenyataan balas berhubung isu berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2022 @ 9:55 AM