GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Agensi

New Delhi: Akal cetek. Itu tindakan seorang gadis di India yang minum racun selepas menyangka teman lelakinya membunuh diri disebabkan pertengkaran mereka.

Insiden mengejutkan itu berlaku di Bareilly, Uttar Pradesh selepas remaja berusia 17 tahun itu menyangkakan teman lelakinya merajuk selepas mereka bertengkar.

Berdasarkan laporan TOI, kejadian berkenaan berlaku apabila teman lelakinya yang berusia 22 tahun itu meminta gadis terbabi membuat panggilan video, namun remaja perempuan itu tidak mahu mengakibatkan tercetusnya pertengkaran sehingga lelaki itu mengancam terjun di hadapan kereta api.

Selepas cuba membuat 40 kali panggilan, gadis terbabit panik dan tanpa berfikir panjang, dia sanggup meminum racun selepas bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada teman lelakinya itu.

Gadis itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, keluarga gadis itu membuat laporan polis terhadap lelaki berkenaan yang kini melarikan diri.

Pegawai polis tempatan, Ravindra Kumar mengesahkan bahawa kertas siasatan dibuka dan pihaknya sedang memburunya.

Jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan berdepan dakwaan mengikut Seksyen 506 (ugutan jenayah) dan 306 (bersubahat untuk membunuh diri).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 6:30 AM