GAMBAR hiasan. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. FOTO AFP
Agensi

New Delhi: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas dicampak dari bumbung rumah tiga tingkat oleh seekor monyet di kawasan luar bandar Bareilly, Uttar Pradesh, baru-baru ini.

Ketua Konservator Hutan Bareilly Lalit Verma berkata, kejadian itu dilaporkan penduduk dan sepasukan jabatan hutan dihantar untuk menjalankan siasatan.

Portal NDTV melaporkan, bapa mangsa, Nirdesh Upadhyay, 25, yang juga penduduk kampung Dunka di Bareilly mendedahkan ketika kejadian, dia dan isterinya berjalan di tingkat tiga bangunan itu.

Lelaki itu berkata, tiba-tiba sekawan monyet datang ke atas bumbung.

Pasangan itu cuba menghalau monyet itu tetapi ia mengepung Nirdesh.

Apabila dia cuba berlari ke arah tangga, bayinya terlepas dari tangan.

Sebelum Nirdesh sempat memegang bayinya, seekor monyet menangkap anaknya sebelum mencampakkan dari bumbung.

Bayi itu dilaporkan terjatuh dan mati di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Julai 2022 @ 6:30 AM