FOTO menunjukkan pengantin lelaki dalam pakaian biasa menjalani upacara perkahwinan sambil disaksikan ahli keluarga. FOTO Agensi
FOTO menunjukkan pengantin lelaki dalam pakaian biasa menjalani upacara perkahwinan sambil disaksikan ahli keluarga. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Majlis perkahwinan di Bareilly, Uttar Pradesh, India, baru-baru ini, kecoh apabila pengantin perempuan mengejar pengantin lelaki.

Portal NDTV melaporkan, keadaan itu menyebabkan si perempuan yang sudah siap memakai persalinan pengantin mengejar pasangannya itu lebih 20 kilometer (km) bagi mencari lelaki itu untuk mengahwininya.

Pengantin perempuan itu nekad mencari pasangannya selepas diberitahu lelaki yang sudah lebih dua tahun menjadi kekasihnya itu menghubunginya menerusi telefon dan memberitahu tidak akan muncul pada majlis perkahwinan.

Sebaliknya, si lelaki itu berkata, dia dalam usaha untuk membawa ibunya ke tempat itu, namun gadis itu enggan mempercayainya.

Pengantin lelaki itu akhirnya ditemukan di dalam bas berhampiran balai polis di luar sempadan bandar Bareilly.

Selepas dua jam 'drama', pengantin perempuan, keluarganya serta keluarga lelaki itu ke sebuah kuil.

Keluarga pengantin lelaki bersetuju dengan perkahwinan itu dan kedua-duanya berkahwin di sebuah kuil di luar bandar Bareilly.

Satu video majlis dimuat naik menunjukkan pengantin lelaki dalam pakaian biasa menjalani upacara perkahwinan sambil disaksikan ahli keluarga.

Pengantin perempuan itu dipuji kerana keberaniannya menyelamatkan perkahwinan oleh keluarga, manakala netizen mengecam pasangannya kerana lari daripada tanggungjawab selepas berjanji untuk mengahwini gadis itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2023 @ 10:58 AM