AHLI keluarga penumpang pesawat Tara Air menunggu di lapangan terbang Pokhara. FOTO AFP.
AHLI keluarga penumpang pesawat Tara Air menunggu di lapangan terbang Pokhara. FOTO AFP.
BERNAMA

Kathmandu: Pesawat Nepal bersama 22 kru dan penumpang yang hilang semalam ditemui terhempas hari ini, lapor Xinhua yang memetik tentera Nepal.

"Pesawat Tara Air ditemui terhempas di Sanosware, Wad-2 Perbandaran Luar Bandar Thasang di daerah Mustang," kata jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Narayan Silwal dalam kenyataan.

Menurutnya, perkembangan lanjut akan dimaklum kemudian.

Pesawat Twin Otter itu membawa 19 penumpang dan tiga kru termasuk empat warga India dan dua warga Jerman hilang pada pagi Ahad ketika dalam perjalanan dari bandar Pokhara ke bandar pergunungan Jomsom di Mustang.

PESAWAT Tara Air jenis DHC-6 Twin Otter. FOTO REUTERS.
PESAWAT Tara Air jenis DHC-6 Twin Otter. FOTO REUTERS.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2022 @ 11:27 AM