KESAN kemusnahan akibat serangan berkenaan. FOTO Reuters
KESAN kemusnahan akibat serangan berkenaan. FOTO Reuters
AFP

Sanaa: Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan udara yang meranapkan bangunan sebuah sebuah penjara di utara Saada, Yaman, semalam.

Pemberontak Houthi mengeluarkan rakaman video mengerikan yang menunjukkan mayat terperangkap dalam runtuhan dan hancur akibat serangan itu.

Lapan agensi bantuan yang beroperasi di Yaman dalam satu kenyataan bersama berkata, mereka terkejut dengan berita lebih 70 orang termasuk pendatang, wanita dan kanak-kanak terbunuh yang disifatkan secara terang-terangan tidak menghiraukan nyawa orang awam.

Kata mereka, penjara di Saada digunakan sebagai pusat tahanan untuk pendatang yang terdiri daripada banyak mangsa.

Sementara itu dalam kejadian berasingan di selatan, bandar pelabuhan Hodeida pula, sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak dilaporkan maut apabila serangan udara oleh pakatan diketuai Arab Saudi memusnahkan kemudahan telekomunikasi ketika mereka bermain berdekatan, kata Save the Children.

"Kanak-kanak itu dilaporkan bermain di padang bola sepak berhampiran apabila peluru berpandu meletus," kata badan itu.

Dilaporkan, Yaman juga mengalami gangguan internet di seluruh negara akibat serangan udara berkenaan.

Serangan itu berlaku selepas Houthi membawa perang tujuh tahun ke fasa baharu apabila serangan dron dan peluru berpandu pihaknya ke atas Abu Dhabi yang mengorbankan tiga orang pada Isnin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 9:17 AM