Penduduk Yaman di Sana’a, membaca laporan kematian Saleh al-Samad, Presiden Majlis Politik Houthi, akibat serangan udara tentera pakatan diketuai Arab Saudi. Saleh adalah pemimpin kedua tertinggi Houthi selepas Abdul-Malik al-Houthi. - EPA

AFP

Riyadh: Arab Saudi mengesahkan melakukan serangan udara yang membunuh pemimpin kedua tertinggi pemberontak Houthi minggu lalu.

Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Putera Khaled Salman mengesahkan perkara itu melalui Twitter, kelmarin.

“Wira Tentera Udara Diraja berjaya menyasar pemimpin militia Houthi, Saleh al-Sammad,” katanya.

Menurut kenyataan pemberontak Houthi yang disokong Iran, Saleh yang terbunuh di wilayah barat Hodeida, Khamis lalu, adalah ketua majlis politik Houthi.

Pemberontak Houthi berjuang menentang kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi serta beberapa negara Arab.

Putera Khaled berkata, serangan itu diterajui saudara lelakinya, Putera Mahkota Mohammed Salman, selepas Saleh mengancam gelombang serangan peluru berpandu terhadap Arab Saudi.

Mohammed, yang juga Menteri Pertahanan Arab Saudi adalah perancang utama campur tangan Arab Saudi bersama tentera pakatan di Yaman.

Konflik itu sudah meragut hampir 10,000 nyawa dalam tempoh tiga tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 2:54 AM