GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO AFP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO AFP
AFP

Damsyik: Syria memintas serangan peluru berpandu Israel ke atas ibu kota Damsyik pada Jumaat, lapor media kerajaan.

"Pertahanan udara kami memintas serangan peluru berpandu Israel di ruang udara Damsyik dan wilayah selatan," kata agensi berita rasmi Syria, SANA.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, serangan itu menyasarkan kem tentera.

Serangan Israel di sekitar Damsyik membunuh lima tentera negara itu pada September.

Pada Jun, serangan udara Israel menyebabkan lapangan terbang Damsyik tidak beroperasi selama hampir dua minggu.

Serangan udara Israel menyasarkan Lapangan Terbang Aleppo pada Ogos dan September.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, Israel melancarkan ratusan serangan terhadap negara jirannya itu dengan menyasarkan tentera kerajaan serta sekutu yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah.

Israel mengakui kempen ketenteraan udara perlu bagi menghalang musuh ketatnya, Iran, bertapak di hadapan 'pintu' negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2022 @ 10:11 AM