SUSPEK ditahan di rumahnya untuk siasatan lanjut.
SUSPEK ditahan di rumahnya untuk siasatan lanjut.
Agensi

Semerang: Seorang lelaki sanggup membunuh pemandu teksi motosikal hanya kerana mahu memiliki kenderaan yang diboncengnya.

Ahmad Jamaludin, 21, dari Brebes, Jawa Tengah bertindak sedemikian ketika dalam perjalanan pulang ke kampungnya pada Jumaat.

Kompas.com melaporkan suspek sebelum itu baru tiba dari Jakarta dengan menaiki bas.

Dia kemudian menahan sebuah teksi motosikal atau ojek untuk membawanya pulang ke kampung.

Namun, sebaik tiba di Desa Kramatsampang, dia memukul pemandu ojek berkenaan sehingga terjatuh.

Bukan setakat itu, dia turut menumbuk mangsa sehingga tidak bernyawa sebelum menyembunyikan mayat di bawah timbunan daun kering.

Lebih kejam dia membakar mayat pemandu itu bagi memastikan tindakannya itu tidak dapat dihidu.

Sebaik selesai, dia menggunakan motosikal yang diboncengnya untuk pulang ke kampung bersendirian.

Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian kemudian bergegas ke lokasi dan menjejaki suspek.

Ketua Polis Brebes, AKBP Gatot Yulianto berkata, suspek ditahan di rumahnya 3 petang oleh sepasukan polis.

Katanya, motif awal mendapati suspek bertindak sedemikian hanya kerana mahu mencuri motosikal mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Jun 2021 @ 6:31 AM