INFOGRAFIK Kapal Selam Titan. FOTO AFP
INFOGRAFIK Kapal Selam Titan. FOTO AFP
Kapten Pengawal Pantai AS Jamie Frederick bercakap kepada pemberita di sebuah pangkalan di Boston, Massachusetts. FOTO AFP
Kapten Pengawal Pantai AS Jamie Frederick bercakap kepada pemberita di sebuah pangkalan di Boston, Massachusetts. FOTO AFP
AFP

Boston: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengesan kemungkinan bunyi letupan Titan pada peranti pemantauan bunyi bawah air sebaik saja kapal selam itu dilaporkan hilang dan terputus komunikasi.

Memetik seorang pegawai kanan Tentera Laut AS yang enggan dikenali, bunyi letupan itu direkodkan sejurus selepas Titan hilang Ahad lalu daripada sistem pemantauan akustik rahsia yang direka untuk mengesan kapal selam.

"Tentera Laut AS menjalankan analisis data akustik dan mengesan anomali yang konsisten dengan letupan atau letupan di persekitaran umum tempat kapal selam Titan beroperasi apabila komunikasi terputus," kata pegawai itu kepada Wall Street Journal.

Semalam, Pengawal Pantai AS berkata, pihaknya menemui serpihan kapal tenggelam berhampiran bangkai Titanic yang terletak 3,800 meter pada dasar laut.

Pengumuman itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) multinasional selama empat hari.

Pegawai berkata, analisis menunjukkan serpihan yang ditemukan di dasar laut adalah konsisten dengan letupan ruang tekanan kapal selam itu.

Lima penumpang kapal itu dianggap sudah meninggal dunia, menurut OceanGate Expeditions, yang mengendalikan kapal selam itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2023 @ 10:49 AM