Sumiel mengadakan pertemuan semula dengan pemandu Uber yang menyelamatkan nyawanya itu. FOTO Agensi
Sumiel mengadakan pertemuan semula dengan pemandu Uber yang menyelamatkan nyawanya itu. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Mereka tidak mempunyai pertalian darah, namun kerana kasihan, pemandu Uber ini bersetuju mendermakan buah pinggang kepada lelaki baru dikenalinya.

Gulf News melaporkan, Tim Letts yang juga veteran tentera Amerika Syarikat, di New Jersey, bersetuju untuk mendermakan organnya itu kepada Bill Sumiel, 73.

Sumiel yang menghidap diabetes antara 20 hingga 30 tahun yang lalu dan mengalami kegagalan buah pinggang pada usia tuanya.

Menurut laporan berita tempatan, doktor memberitahu Sumiel memerlukan pemindahan buah pinggang dan harus aktif mencari buah pinggang daripada menunggu dalam senarai pemindahan.

Ketika kejadian, Sumiel perlu pulang dari rawatan biasa di pusat dialisis.

Penduduk New Jersey itu menempah perkhidmatan Uber dan bertemu pemandunya, Letts, di pusat itu.

Apabila Letts menjemput Bill di pusat dialisis, kedua-dua lelaki itu berbual semasa dalam perjalanan.

Selepas mengetahui Tim adalah seorang veteran, gemar memancing, dan memandu Uber pada hujung minggu untuk menjana wang tambahan, Bill memberitahu bahawa dia memerlukan pemindahan buah pinggang.

"Tim begitu mesra sehingga saya berasa selesa untuk menjelaskan apa yang berlaku dalam hidup saya," kata Sumiel.

Selepas mendengarnya, Letts memutuskan untuk mendermakan buah pinggangnya kepada Sumiel.

Sebelum menerima buah pinggang, Sumiel berada dalam senarai pemindahan selama tiga setengah tahun.

Sumiel berasa bersyukur tetapi juga bimbang sekiranya buah pinggang Letts tidak sesuai.

Bagaimanapun, selepas ujian, Tim diberitahu organnya sesuai dan diluluskan oleh pasukan pemindahan.

Kemudian, pada Disember 2021, kedua-duanya berjaya menjalani pembedahan.

Baru-baru ini, meraikan ulang tahun kejayaan pembedahan mereka pada Disember 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2023 @ 2:11 PM