KESAN kemusnahan susulan puting beliung di negeri Mississippi. FOTO AP
KESAN kemusnahan susulan puting beliung di negeri Mississippi. FOTO AP
BERNAMA

Washington: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kejadian puting beliung di negeri Mississippi, pada lewat Jumaat.

Sementara itu, empat lagi hilang, lapor Agensi Anadolu memetik kemas kini Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi menerusi Twitter pada Sabtu.

"Pelbagai agensi dan rakan kongsi negeri bekerjasama membantu dalam misi bantuan," menurut agensi itu.

Agensi itu turut memberi amaran mengenai kemungkinan ribut yang lebih kuat serta angin kencang diramal melanda di daerah-daerah di seluruh Mississippi pada petang Ahad.

Gabenor Tate Reeves turut mengisytiharkan darurat di daerah yang dilanda ribut.

"Kami akan memanfaatkan segala sumber yang ada untuk membantu. Kami akan berada di sini untuk tempoh masa yang panjang," ciap Reeves di Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2023 @ 10:34 AM