PESAWAT Air New Zealand. FOTO fail AFP
PESAWAT Air New Zealand. FOTO fail AFP
Agensi

New York: Perjalanan penumpang Air New Zealand selama 16 jam ke New York City, Amerika Syarikat (AS), pada Khamis lalu, sia-sia apabila pesawat dinaiki mereka itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Auckland.

The Washington Post melaporkan, ia berpunca akibat bekalan elektrik terputus di destinasinya iaitu Lapangan Terbang John F Kennedy (JFK) di New York.

Air New Zealand dalam satu kenyataan bahawa penerbangan Auckland-New York terpaksa kembali ke Auckland kerana kebakaran dan penutupan terminal.

"Gangguan bekalan elektrik di Terminal 1 JFK memberi kesan kepada terminal untuk menerima penerbangan masuk dan keluar," kata pengurusan lapangan terbang itu Twitter.

Dalam satu kenyataan yang dikemas kini, Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey berkata, terminal itu ditutup pada Jumaat disebabkan masalah gangguan bekalan elektrik.

"Daripada 64 penerbangan yang dijadualkan tiba dan berlepas di terminal (pada) Jumaat, 39 (penerbangan) dibatalkan," kata pihak berkuasa pelabuhan.

Walaupun usaha mencari ruang untuk pesawat masuk di lokasi lain, beberapa penerbangan tidak dapat sampai ke terminal berkenaan.

Penerbangan dari Seoul, Rom, dan Milan semuanya kembali ke lapangan terbang di destinasi asal, malah laman web penjejak penerbangan menunjukkan penerbangan Korean Air berada di udara selama 13 jam 30 minit.

Beberapa penerbangan lain pula secara bersilih ganti dilencongkan ke lapangan terbang lain di AS.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2023 @ 12:24 PM