GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Reuters

SYDNEY: Penerbangan dari New Zealand dibatalkan sementara hari ini selepas penggera kebakaran berbunyi di kemudahan radar utama, penyedia perkhidmatan navigasi udara di Christchurch.

Operasi trafik udara, bagaimanapun kini kembali pulih seperti biasa, menurut Airways New Zealand di laman web rasminya.

“Kami mengambil pendekatan konservatif untuk menguruskan ruang udara, termasuk membatalkan penerbangan dalam lingkungan ruang udara New Zealand,” kata Airways.

Airways bertanggungjawab mengawal semua pergerakan udara merentas kawasan seluas 30 juta kilometer persegi di New Zealand dan di Pasifik.

Lapangan terbang Christchurch dan Auckland turut melaporkan pesawat ketibaan dan pelepasan lewat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019 @ 3:17 PM