ELVIS Francois diselamatkan pada 15 Januari selepas hanyut di laut selama 24 hari. FOTO Armada Colombia/Twitter
ELVIS Francois diselamatkan pada 15 Januari selepas hanyut di laut selama 24 hari. FOTO Armada Colombia/Twitter
BERNAMA

Ankara: Seorang lelaki dari Dominican yang hanyut di laut selama hampir sebulan ditemukan selamat.

Elvis Francois, 47, diselamatkan pada 15 Januari selepas hanyut di laut selama 24 hari, lapor Agensi Anadolu memetik Tentera Laut Colombia pada Khamis.

Sepanjang hanyut di laut beliau sekadar memakan sos tomato, serbuk bawang putih dan kiub bouillon serta minum air untuk bertahan.

Francois sedang membaiki bot di luar Pulau Caribbean St. Maarten di Antilles Belanda sebelum botnya dihanyutkan akibat cuaca buruk dan laut bergelora.

Menurut Francois, beliau cuba menghubungi rakan-rakannya tetapi tiada isyarat.

"Tiada apa yang dapat dilakukan selain menunggu," katanya kepada pegawai Colombia.

Sebuah pesawat mengesan kapalnya selepas Francois menggunakan cermin sebagai isyarat dan menulis 'bantuan' pada badan bot.

Beliau diselamatkan oleh sebuah kapal kontena, kira-kira 120 batu nautika barat laut bandar pelabuhan Cartagena Colombia.

"Pada satu ketika, saya hampir putus harapan... tetapi saya berterima kasih kepada pengawal pantai. Jika bukan kerana mereka, saya tidak akan dapat menceritakan kisah ini," kata Francois.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2023 @ 11:22 AM