JULIO BETANCUR
JULIO BETANCUR
AFP

LA CALERA: Selama tiga dekad lalu, ahli botani, Julio Betancur dengan penuh usaha masuk ke medan lombong dan kawasan hutan dikuasai pengedar dadah dan kumpulan bersenjata untuk mendokumentasikan kepelbagaian biodiversiti Colombia.

Colombia memiliki pelbagai fauna dan flora yang luar biasa. Dengan hanya bersenjatakan buku nota dan gunting kebun, Betancur mengambil risiko untuk mengumpul keratan tanaman.

Dia menyumbang empat peratus daripada 600,000 sampel di herbarium Universiti Colombia.

Sejak 2010, lebih sejuta hektar hutan di Colombia ditebang, menurut satu laporan rasmi.

Penebangan hutan terutamanya untuk ladang ternakan tetapi juga perlombongan haram dan ladang koka menyebabkan kerosakan teruk di hutan Colombia.

Hampir lima peratus daripada ladang koka haram beroperasi seluas 169,000 hektar dalam kawasan rezab hutan.

Perlombongan emas haram, menggunakan teknik berbahaya kepada alam sekitar meliputi 98,000 hektar, satu kawasan yang lebih besar daripada Berlin.

Terdapat beberapa pertembungan yang tidak dilupakannya dengan sekumpulan pengedar dadah Betancur di dalam hutan namun dia bernasib baik apabila mereka melepaskannya selepas Betancur menerangkan tujuannya.

“Tanpa menyedarinya, kami meletakkan diri kami dalam malapetaka,” kata Betancur kepada AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Disember 2019 @ 12:17 PM