CILENIS (tengah) ibu kepada Diaz. FOTO Agensi
CILENIS (tengah) ibu kepada Diaz. FOTO Agensi
Reuters

Bogota: Presiden Colombia Gustavo Petro berkata, ibu kepada pemain bola sepak Liverpool, Luis Diaz diselamatkan selepas diculik di utara Colombia, tetapi mereka masih mencari bapanya yang hilang.

Pejabat peguam Colombia sebelum ini berkata bahawa mereka mengumpulkan sepasukan penyiasat untuk mencari pasangan itu di Barrancas, sebuah bandar di wilayah La Guajira di utara Colombia.

Polis negara itu mengesahkan berjaya menyelamatkan ibu Diaz, Cilenis Marulanda, dan berkata mangsa sudah dengan Pengarah, William Rene Salamanca.

Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool menandatangani pemain sayap Colombia itu dalam perjanjian jutaan ringgit Januari 2022 lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2023 @ 9:25 AM