GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
AFP

BOGOTA: Tiga lelaki disyaki penyeludup dadah terselamat di perairan Pasifik yang dipenuhi jerung selepas berpaut pada bungkusan berisi kokain selama beberapa jam, kata tentera laut Colombia.

AFP yang memetik jurucakap Pasukan Khas Penyeludupan Dadah Colombia, Kapten Jorge Maldonado berkata, mereka disyaki cuba menyeludup 1.2 tan kokain dari Tumaco sebelum bot dipukul ombak besar dan terbalik pada Sabtu lalu.

Katanya, mereka terapung di laut selama tujuh jam ketika diselamatkan oleh pengawal pantai di kawasan yang terletak kira-kira 30 batu nautika dari Tumaco.

“Sebaik mereka tiba, lelaki terbabit ditemui terapung bersama bungkusan yang menyerupai dadah,” katanya.

Ketiga-tiga mereka dibawa ke pantai bersama bungkusan terapung yang disahkan sebagai kokain hidroklorida.

Mereka akan berdepan dengan dakwaan menyeludup dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Oktober 2019 @ 10:55 AM