Dr Mehmet Oz hampir menjadi Senator Muslim pertama di AS. FOTO AFP
Dr Mehmet Oz hampir menjadi Senator Muslim pertama di AS. FOTO AFP
Agensi

Washington: Pertengahan penggal pada 8 November lalu hampir menyaksikan Dr Mehmet Oz menjadi Senator Muslim pertama di Amerika Syarikat (AS), lapor majalah Time.

Doktor yang popular di televisyen dan calon Republikan itu tidak begitu popular dalam kalangan orang Islam Amerika.

Bagaimanapun, Oz kepada calon Parti Demokrat, John Fetterman di Pennsylvania.

Time melaporkan Muslim Amerika memenangi sekurang-kurangnya 83 kerusi di seluruh pilihan raya pertengahan penggal tempatan, negeri dan persekutuan.

Ia menurut analisis oleh Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), sebuah kumpulan hak sivil dan advokasi, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jetpac mengenai peningkatan ahli politik Muslim di AS.

Hampir 150 rakyat Muslim AS bertanding tahun ini untuk merebut jawatan, termasuk 51 calon dewan perundangan negeri di 23 negeri.

Kemenangan pada tahun lalu itu melepasi rekod sebelumnya iaitu 71 yang dikira oleh CAIR dan Jetpac pada 2020.

Beberapa orang Islam menjadi wakil rakyat pertama komuniti mereka.

Illinois mempunyai orang Amerika Islam pertama yang dipilih untuk dewan perundangan negeri itu. Mereka adalah Nabeela Syed, 23, dan Abdelnasser Rashid, 33.

Salman Bhojani dan Suleman Lalani pula menjadi orang Islam pertama yang dipilih ke dewan perundangan negeri Texas.

Di Georgia, warga Palestin Amerika Ruwa Romman menjadi wanita Islam pertama yang dipilih ke dewan perundangan negeri.

Secara keseluruhan, Georgia memilih empat orang Muslim Amerika untuk memegang jawatan di badan perundangan negeri.

Nabilah Islam, wanita berketurunan Bangladesh-Amerika menjadi wanita Islam pertama dan Asia Selatan pertama dipilih ke Senat Georgia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2023 @ 2:31 PM