ZAHID Quraishi. FOTO Agensi
ZAHID Quraishi. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Presiden Joe Biden mencalonkan hakim Muslim pertama di peringkat mahkamah persekutuan untuk berkhidmat di mahkamah daerah, pada Selasa.

Jika diluluskan Senat, Zahid Quraishi akan menjadi orang Islam pertama dilantik ke jawatan itu, dan beliau akan berkhidmat di New Jersey

Biden mengumumkan 11 pencalonan untuk hakim peringkat mahkamah persekutuan dengan calon dari pelbagai latar belakang.

Ia termasuk tiga hakim wanita berkulit hitam untuk mahkamah litar, individu pertama berketurunan Asia-Amerika dan seorang wanita berketurunan Kepulauan Pasifik untuk Mahkamah Daerah Washington DC.

Selain itu, seorang hakim wanita yang bukan berkulit putih dicalonkan sebagai hakim persekutuan untuk Daerah Maryland.

Agensi berita Anadolu melaporkan Quraishi, yang berketurunan Pakistan adalah menjadi orang Islam pertama yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Majistret untuk Daerah New Jersey pada 2019.

Lahir di New York City dan dibesarkan di New Jersey, Quraishi menerima pendidikan peringkat sarjana muda dari Kolej John Jay untuk Keadilan Jenayah pada 1997 dan ijazah undang-undang dari Sekolah Undang-Undang Rutgers pada 2000.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mac 2021 @ 10:12 AM