PASUKAN keselamatan berkawal di lokasi serangan. FOTO AFP
PASUKAN keselamatan berkawal di lokasi serangan. FOTO AFP
AFP

Mogadishu: Pejuang Al-Shabaab menyerang sebuah rumah di ibu negara Somalia, Mogadishu pada Selasa, membunuh 10 orang awam, menurut kerajaan.

Serangan itu berlaku sekitar jam 12 waktu tempatan di daerah utara Abdiasiz, yang turut mencederakan tiga orang awam.

"Pasukan keselamatan menyelamatkan orang awam lain di rumah itu dan bangunan berdekatan lain ketika serangan," kata kerajaan dalam kenyataannya, pada Selasa.

Serangan itu didakwa dilakukan pejuang Al-Shabaab yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tentera Somalia dan pejuang puak tempatan merampas semula sebahagian besar wilayah di negara itu daripada militan dalam operasi yang disokong serangan udara Amerika Syarikat dan pasukan Kesatuan Afrika yang dikenali sebagai African Transition Mission in Somalia (ATMIS).

Al-Shabaab masih mengawal wilayah luar bandar negara itu dan sudah melakukan banyak serangan balas, sama nada baik di Somalia dan negara jiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2023 @ 11:07 AM